Khamis, 11 Ogos 2011

SAMBUTAN HARI GURU PASTI KEDAH


images/stories/img_8264aaa.jpg
ALOR SETAR, 19 Jun 2011 – Puan Juwariah Md Yakin yang juga merupakan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Kedah (MGPNK) telah dipilih menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI peringkat Negeri Kedah sempena Sambutan Hari Guru PASTI yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini.
Sementara itu, Puan Rosna Ahmad menerima anugerah guru paling lama berkhidmat dan Majlis Guru PASTI terbaik dimenangi oleh kawasan Sungai Petani. Selain itu, lima belas orang turut menerima Anugerah Tokoh Guru mewakili kawasan masing-masing.
Dalam sambutan tersebut, pelbagai pertandingan diadakan untuk mencungkil bakat guru-guru, antaranya pertandingan busana pengantin, gubahan kuih tradisional, nasyid dan sajak. Majlis Guru PASTI Sungai Petani telah tampil sebagai  tempat pertama dalam semua pertandingan tersebut.
images/stories/img_8353aa.jpg
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan dari adik Muhd Amirul Munir Azlin yang pernah tampil dalam program TV1 Adik-Adikku Musim Ke-2. Beliau juga merupakan bekas pelajar PASTI Sri Aman, Bedong.
PASTI Negeri Kedah kini mempunyai 400 buah PASTI dengan jumlah pelajar 10 ribu orang dan 594 orang tenaga pengajar.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan dihadiri kira-kira 600 orang. Turut hadir bersama,YB Dr Ismail Salleh.
Sempena sambutan hari guru tersebut kira-kira 500 orang guru membaca ikrar di hadapan Menteri Besar dengan diketuai oleh Puan Suraini Hashim.
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak menyampaikan hadiah diiringi
Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad bin Yahya

YB Dr Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri










Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More